Cari @ Amanz

Masih ingatkah anda kepada Microsoft Surface Hub? Komputer dalam bentuk skrin gergasi ini direka oleh Microsoft untuk kegunaan di pejabat. Menurut mereka, syarikat yang mempunyai tenaga kerja yang kerap bekerjasama secara berkumpulan adalah lebih berjaya. Oleh itu Suface Hub 2 diperlihatkan hari ini untuk memudahkan proses bekerjasama walaupun dengan pekerja yang berada di luar pejabat.

Microsoft Surface Hub 2 mempunyai skrin sebesar 50.5″ dengan resolusi 4K+. Tidak seperti skrin lain di pasaran, skrin Surface Hub 2 mempunyai nisbah 3:2. Tambah menari ia direka untuk diputar bebas bagi membolehkannya digunakan pada kedudukan mendatar atau potret. Sebuah kamera 4K terletak pada bahagian atas untuk melakukan panggilan video beresolusi tinggi. Empat Surface Hub 2 boleh digabungkan secara selari bagi menghasilkan skrin gergasi sekiranya perlu. Ia turut mempunyai tempat pemegang beroda yang direka oleh Steelcase.

Ia menyokong Microsoft Teams, Microsoft Whiteboard, Office 365 dam menggunakan sistem operasi Windows 10. Selain menjadi permukaan melakar idea ketika sesi perbincangan, ia turut boleh menjadi skrin panggilan Skype yang memaparkan pemanggil pada saiz sebenar seperti filem fiksyen sains. Buat masa ini Surface Hub 2 diuji oleh beberapa rakan perniagaan Microsoft dengan sasaran pelancaran pada tahun 2019.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd