Cari @ Amanz

Bell V-280 Valor ialah pesawat kipas sendeng yang dibangunkan untuk menggantikan Bell V-22 Osprey yang kini semakin berusia. Pesawat ini membolehkan tentera pergi ke medan perang seperti pesawat konvensional tetapi mampu melakukan pendaratan secara menegak seperti helikopter. Disember lalu ia berjaya melakukan penerbangan menegak. Semalam ia berjaya melakukan penerbangan mendatar pertama.

Dalam penerbangan mendatar pertama ini, ia berjaya mencapai kelajuan 352 km/j. Pihak Bell berharap dalam ujian seterusnya ia boleh mencapai sasaran kelajuan 518 km/j. Valor dibangunkan di bawah program Joint Multi-Role Technology Demonstrator (JMR-TD) yang turut di bawah inisiatif Future Vertical Lift (FVL). Pesawat dengan kipas sendeng ini akan bertarung dengan Sikorsky-Boeing SB>1 yang diperlihatkan pada April yang lalu. Ia direka untuk lebih mudah diterbangkan, murah, berkemampuan berbanding V-22 Osprey yang digunakan sekarang.

 

Kedua-dua pesawat memilih konfigurasi kipas yang berbeza tetapi mempunyai tujuan yang sama untuk memberikan pesawat VTOL kelajuan yang lebih tinggi berbanding helikopter konvensional. Di atas kertas anggota tentera boleh memasuki dan keluar ke ruang misi dengan lebih pantas menggunakan pesawat FVL di masa hadapan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd