Samsung Menghentikan Kemaskini Android Oreo Untuk Galaxy S7 Dan S7 Edge

Samsung Menghentikan Kemaskini Android Oreo Untuk Galaxy S7 Dan S7 Edge

Diterbitkan pada Mei 17, 2018 oleh .

Kemaskini Android Oreo mula diterima peranti Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge di United Kingdom pada 2 Mei yang lalu. Ia kemudian berkembang ke beberapa lagi negara di benua Eropah. Di Malaysia kami masih setia menanti untuk menerimanya pada peranti milik kami. Tetapi penantian mungkin akan semakin lama kerana program kemaskini telah dihentikan oleh Samsung.

Kemaskini dihentikan selepas pengguna kedua-dua peranti di Eropah melaporkan masalah peranti yang hidup serta mati secara tiba-tiba. Masalah ini agak serius sehingga Samsung menyarankan pengguna melakukan proses tetapan semula bagi memulihkan operasi peranti.

Bagi mereka yang kerap melakukan proses pendua ini mungkin bukan masalah tetapi tidak ramai yang rajin melakukannya. Samsung sedang menyiasat sumber masalah dan akan hanya memulakan proses kemaskini selepas itu. Sebelum ini kemaskini Oreo untuk Galaxy S8 turut ditangguh kerana bermasalah sebelum disambung semula seminggu selepas itu.


TIPS & ULASAN