Apple Dikatakan Mengeluarkan Sebanyak 600 Ribu HomePod Sepanjang Suku Pertama 2018

Apple Dikatakan Mengeluarkan Sebanyak 600 Ribu HomePod Sepanjang Suku Pertama 2018

Diterbitkan pada Mei 18, 2018 oleh .

Tidak lama dahulu, Apple dikatakan bakal mengurangkan pengeluaran pembesar suara pintar mereka, Homepod kerana permintaan yang kurang memberangsangkan. Terkini, nampaknya nombor-nombor penjualan peranti tersebut telahpun ditunjukkan oleh syarikat penganalisa Strategy Analytics.

Sepanjang suku pertama 2018, Apple dikatakan telah mengeluarkan sebanyak 600 ribu unit Homepod untuk dijual di pasaran Amerika Syarikat. Menurut laporan Strategy Analytics, ini bermakna bahawa Apple mempunyai 6 peratus bahagian pasaran pembesar suara pintar di negara tersebut, dan jauh ketinggalan di belakang Amazon yang mengaut 43.6 peratus pasaran dengan jualan siri pembesar suara Amazon Echo sebanyak 4 juta unit dan siri pembesar Google Home yang mengambil 26.5 peratus pasaran dengan jualan 2.4 juta unit.

Akan tetapi Strategy Analytics juga membuat beberapa pemerhatian mengenai penjualan Apple Homepod ini. Pembesar suara pintar tersebut hanya hadir di pasaran pada 20 Februari tahun ini, dan laporan penjualan pembesar suara pintar tersebut mengambil kira jualan dari 1 Januari hingga ke 31 Mac 2018.

Satu lagi pemerhatian yang menarik ialah bahawa Strategy Analytics juga menyatakan bahawa 600 ribu Homepod ini hanya dikeluarkan dari kilang-kilang Apple, dan tidak dikira sebagai “jualan”, kebarangkalian kerana mereka masih menunggu jumlah jualan rasmi dari pihak Apple.

Dari segi pengeluaran produk, Apple dilihat berada di anak tangga keempat, dibelakang Amazon, Google dan Alibaba yang berkemungkinan hadir dengan pembesar suara mereka sendiri, Tmall Genie X1.

Laporan Strategy Analytics ini bertepatan dengan laporan-laporan awal lain yang menyatakan bahawa Apple Homepod tidak begitu laku di pasaran, terutamanya kerana nilai yang diberikan hanyalah untuk pengeluaran produk di kedai-kedai, dan bukannya jumlah jualan peranti tersebut.


TIPS & ULASAN