Apple Dilaporkan Mengurangkan Pengeluaran HomePod Kerana Permintaan Yang Rendah

Apple Dilaporkan Mengurangkan Pengeluaran HomePod Kerana Permintaan Yang Rendah

Diterbitkan pada Apr 12, 2018 oleh .

Apple menerjah masuk ke arena speaker pintar dengan pelancaran HomePod pada bulan Januari yang lalu. Kualiti audio speaker ini dipuji tetapi ia didapati kurang pintar jika dibandingkan dengan Google Home. Ia turut tidak boleh menstrim kandungan secara Bluetooth dan tiada sokongan dipadankan untuk audio stereo sekaligus mengecewakan pemilik-pemilik awal.

Apple HomepodMenurut laporan Bloomberg, jualannya juga mengecewakan dan Apple telahpun mengurangkan pengeluaran speaker pintar ini. Menurut data jualan dari Slice Intellince, HomePod memegang 10% jualan speaker pintar dalam 10 minggu pertama di belakang Amazon Echo (73%) dan Google Home (14%).  Peratusan jualan mingguan kini merosot ke 4% sahaja seminggu.

Jualan HomePod dijangka akan hanya meningkat semula selepas ia menyokong AirPlay 2 menerusi kemaskini iOS 11.4. Dengan AirPlay 2 ia akan akhirnya menyokong dua speaker dipadankan secara stereo dan kawalan speaker berasingan di dalam rumah yang sama.


TIPS & ULASAN