Gambar HTC U12+ Tertiris – Bakal Dilancarkan Minggu Hadapan
HTC

Gambar HTC U12+ Tertiris – Bakal Dilancarkan Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mei 18, 2018 oleh .

HTC menjadualkan pengenalan rasmi telefon pintar HTC U12+ mereka secara rasminya pada minggu hadapan, 23 Mei 2018 kelak. Namun, kini seperti kebiasaan, gambar dan spesifikasi awal peranti berkenaan telah pun tertiris ke arena web.

HTC U12 Plus

Dikongsikan @evleaks, telefon pintar ini dilihat hadir dengan dwi-kamera hadapan dan belakang, dan tidak menyertakan sebarang rekaan bertakuk yang menjadi trend akhir-akhir ini.

Dari segi spesifikasi, HTC U12+ hadir dengan skrin 6-inci dengan panel LCD, dijana cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM, dan storan sehingga 256GB.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan dwi-kamera 8-megapixel dihadapan, selain menggunakan dwi-kamera belakang 12-megapixel dan 16-megapixel.

Telefon pintar ini turut menyertakan sokongan Edge Sense yang membolehkan pengguna memicit telefon pintar mereka untuk mengawal atau mengakses sesuatu aplikasi. HTC U12+ turut hadir dengan sokongan kalis air dan bateri berkapasiti 3500mAh dengan sokongna pengecasan pantas.

HTC U12+ ini dijangka hadir dengan Android 8.0 Oreo dengan antaramuka HTC Sense. Menariknya, ia dilihat yang mana telefon pintar ini kelak turut akan ditawarkan kemaskini Android P.

Seperti biasa, kita akan mendengar lanjut mengenai telefon pintar ini secara rasminya minggu hadapan.


TIPS & ULASAN