HTC U12+ Mungkin Dilancarkan 23 Mei Ini
HTC

HTC U12+ Mungkin Dilancarkan 23 Mei Ini

Diterbitkan pada Mei 3, 2018 oleh .

HTC U11 ialah antara peranti kegemaran kami kerana ia masih lagi mengekalkan rekaan skrin 16:9 dan mempunyai sistem melancarkan aplikasi dengan menggenggam tubuh. Fungsi ini amat unik sehingga digunakan semula pada peranti Pixel 2 dan Pixel 2 XL. Tahun ini pelancaran HTC U12+ amat dinantikan bagi penggemar pengeluar dari Taiwan ini.

Akaun media sosial rasmi HTC telah memuat naik imej acah pelancaran sebuah peranti baru pada 23 Mei hadapan. Imej komponen dalam peranti ini hadir dengan slogan “A phone that is more than the sum of its specs”. Ini besar kemungkinan adalah tarikh pelancaran HTC U12+. Setakat ini beberapa imej pengolokan telah tertiris lengkap dengan spesifikasi.
HTC U12+
HTC U12+ ini dijangka hadir dengan skrin 6-inci dengan paparan WQHD+, dijana menggunakan cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM dan storan sehingga 128GB. Ia turut dijangka hadir dengan kamera hadapan 8-megapixel, selain dwi-kamera belakang gabungan 16MP + 12MP. HTC turut dijangka menyertakan bateri 3420mAh. Masih adakah pembaca Amanz yang meminati peranti keluaran HTC?


TIPS & ULASAN