Dengan Uber yang menamatkan operasi perniagaan mereka untuk rantau Asia Tenggara, pihak Grab mula menggantikan sejumlah perkhidmatan yang ditawarkan Uber, termasuk Uber Eats. Perkhidmatan gantian untuknya, akan dikenali dengan nama GrabFood, dan aplikasi untuknya telah pun sedia ditawarkan untuk Android dan iOS sejak minggu lepas.
Kini, berkongsi mengenainya, pihak Grab hari ini mengumumkan yang mana mereka telah memulakan ujian beta untuk Grab Food di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang. Antara kawasan yang diliputi dalam ujian beta buat masa ini adalah di Mont Kiara, Sri Hartamas, Bukit Damansara, dan juga Bangsar.
Bercakap lanjut mengenainya, Grab menyasarkan untuk melancarkan perkhidmatan berkenaan sepenuhnya pada penghujung Mei ini. Untuk peringkat permulaan, ia akan ditawarkan di Lembah Klang terlebih dahulu, dan seterusnya diperluaskan ke bandar-bandar lain secara berperingkat.