Huawei Y5 Prime 2018 Diumumkan Dengan Pemproses Snapdragon 450

Huawei Y5 Prime 2018 Diumumkan Dengan Pemproses Snapdragon 450

Diterbitkan pada Mei 19, 2018 oleh .

Peranti keluaran Huawei Y telefon pintar kelas permulaan yang dijual pada harga mampu milik. Di Malaysia Huawei Y5 pernah dilancarkan dengan harga jualan hanya RM 339 sebuah. Selalunya peranti kelas permulaan Huawei dijual di bawah jenama Honor. Tetapi semalam Huawei Y5 Prime 2018 diumumkan dengan spesifikasi peranti kelas permulaan.

Ia dilengkapi skrin 5.45″ IPS LCD HD+, dijana pemproses Snapdragon 450, memori sebesar 2GB RAM, storan sebesar 16GB, kamera utama 13-Megapixel, kamera swafoto 5-Megapixel dan bateri sebesar 3020 mAh. Ia menggunakan Android 8.1 dengan pelancar EMUI 8.1 Tiada maklumat mengenai tarikh dan harga jualan buat masa ini.


TIPS & ULASAN