Cari @ Amanz

OnePlus sedia menggunakan penjenamaan Dash Charge untuk sokongan pengecasan pantas pada telefon pintar mereka. Walaubagaimanapun, ketika pengenalan OnePlus 6, pengeluar peranti berkenaan tidak menggunakan langsung nama berkenaan, sebaliknya hanya mengatakan OnePlus 6 menyokong pengecasan pantas.

Ia kini dilaporkan yang mana permohonan OnePlus untuk tanda dagang OnePlus di Eropah telah ditolak, disebabkan oleh beberapa syarikat lain yang mendaftar tanda dagang lebih kurang sama, termasuk oleh Amazon.

Hal ini membuatkan OnePlus mula beralih daripada penggunaan nama Dash Charge untuk sokongan pengecasan pantas. Malah, versi pembangunan Oxygen OS terbaru turut telah menggantikan nama Dash Charging kepada “Charging Rapidly”.

Bagi yang tidak mengetahui akan ciri Dash Charge, sebelum ini OnePlus telah memperkenalkannya melalui OnePlus 3 yang membolehkan pengecasan lebih 50% dalam masa kurang 30 minit. Sejumlah aksesori dan pengecas pantas turut ditawarkan melalui penjenaamn berkenaan sebelum ini, yang mana kini dilihat telah mula melalui perubahan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd