Oppo F7 X Neelofa Raya Edition Akan Dilancarkan Sempena Hari Raya

Oppo F7 X Neelofa Raya Edition Akan Dilancarkan Sempena Hari Raya

Diterbitkan pada Mei 22, 2018 oleh .

Oppo kerap kali menghasilkan peranti edisi khas menggunakan selebriti terkenal negara. Sebelum ini mereka ada melancarkan Oppo F5 edisi Fattah Amin. Tahun ini sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri, Oppo F7 X Neelofa Raya Edition bakal dilancarkan.

Tidak banyak maklumat dikongsi tentang apa  harga atau yang ditawarkan di dalam edisi Neelofa ini. Tetapi boleh diagak seperti versi Fattah Amin mungkin gambar latar belakang Neelofa dan pelbagai aksesori lain bertemakan Neelofa seperti tudung akan disertakan.

Oppo F7 ialah peranti dengan skrin 6.23-inci FHD+, menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio P60, memori 4GB RAM dan storan 64GB. Ia menggunakan kamera belakang 16-megapixel, selain melengkapkan telefon pintar ini dengan bateri berkapasiti 3400mAh. Oppo menyertakan tiga slot pada telefon pintar ini – iaitu dwi-slot untuk SIM, dan satu slot untuk mikro-SD.


TIPS & ULASAN