Xiaomi Mi 8 Bersempena Ulang-Tahun Xiaomi Ke-8 Bakal Dilancarkan Pada 31 Mei

Xiaomi Mi 8 Bersempena Ulang-Tahun Xiaomi Ke-8 Bakal Dilancarkan Pada 31 Mei

Diterbitkan pada Mei 22, 2018 oleh .

Xiaomi hari ini mengesahkan pengenalan telefon pintar Xiaomi Mi 8 yang baru, dan mengatakan mereka bakal memperkenalkannya secara rasmi pada 31 Mei 2018 kelak.

Xiaomi Mi 8 ini diperkenalkan oleh Xiaomi bersempena dengan ulang-tahun mereka yang ke-8.

Xiaomi Mi 8

Melalui desas-desus yang hadir sebelum ini, Mi 8 dijangka hadir dengan sokongan pengimbas cap jari terbina pada skrin, selain mungkin menyertakan “Face ID” untuk imbasan wajah.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 31 Mei ini untuk melihat kejutan daripada pihak Xiaomi.


TIPS & ULASAN