Cari @ Amanz

Peminat Xiaomi pasti tidak akan sabar akan pelancaran Xiaomi Mi 7 tidak lama lagi. Ia dikatakan akan dijana dengan Snapdragon 845, mempunyai rekaan skrin bertakuk dan juga sokongan pengecasan tanpa wayar. Mengejutkan, Xiaomi bukan sahaja bakal melancarkan Mi 7 tetapi juga Xiaomi Mi 8 sebagai ulang tahun kelapan mereka.

Beberapa hari lepas, telah kami laporkan rekaan kamera “Face ID” Xiaomi Mi 7 yang tertiris. Tetapi mengikut ura-ura, fungsi ini adalah untuk Xiaomi Mi 8. Selain itu, Mi 8 juga dijangka bakal mempunyai pengimbas cap jari terbina dan mungkin akan menggunakan panel OLED.

Mengesahkan lagi kewujudan Xiaomi Mi 8 ini adalah gambar kotaknya yang tertiris. Jika Xiaomi Mi 8 ini dilancarkan, ia adalah peranti kelas utama ketiga Xiaomi untuk tahun ini. Peranti kelas utama Xiaomi yang sudah dilancarkan setakat ini adalah Mi Mix 2S sahaja dan tidak lama lagi Mi 7 dan Mi 8 bakal menyusul.

Melalui laman Weibo CEO Xiaomi, Lei Jun – akan terdapat banyak peranti yang akan dilancarkan. Khabar angin mengatakan, Xiaomi Mi Band 3 turut akan dilancarkan bersama-sama. Tiada lagi maklumat lanjut mengenai kesemua perkara ini, oleh itu sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd