Rekaan Xiaomi Mi Band 3 Tertiris Ketika Pelancaran Peranti Black Shark

Rekaan Xiaomi Mi Band 3 Tertiris Ketika Pelancaran Peranti Black Shark

Diterbitkan pada Apr 16, 2018 oleh .

Sudah hampir dua tahun sejak Mi Band 2 dilancarkan. Bagi pemilik penjejak kesihatan ini, mereka pastinya tertunggu-tunggu bilakah model kemaskini akan dilancarkan. Ura-ura kewujudan Mi Band 3 telah kami dengari sejak Februari yang lalu. Ketika majlis pelancaran Black Shark Jumaat lalu, ia mungkin telah diperlihatkan kepada umum untuk kali pertama.

CEO Xiaomi Lei Jun dilihat memakai sebuah peranti boleh pakai pada pergelangan tangan kiri beliau. Rekaan talinya menyerupai rekaan Mi Band 2 tetapi dengan rekaan skrin yang berbeza. Ia lebih menonjol keluar dan tidak lagi rata dengan permukaan tali seperti Mi Band terdahulu. Ini meningkatkan spekulasi ini ialah Mi Band 3 dan pelancarannya kini semakin hampir.


TIPS & ULASAN