Red Hydrogen One Akan Mempunyai Aksesori Kamera Dengan Kemampuan Rakaman 8K 3D

Red Hydrogen One Akan Mempunyai Aksesori Kamera Dengan Kemampuan Rakaman 8K 3D

Diterbitkan pada Mei 23, 2018 oleh .

Peranti modular tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dari kebanyakan pengguna. Motorola masih belum menaikkan bendera putih dan masih menghasilkan aksesori modular untuk peranti di dalam keluarga Moto Z mereka. Red Hydrogen One ialah sebuah lagi telefon modular yang akan dilancarkan tahun ini. Kini ia disahkan akan mempunyai aksesori kamera yang mampu merakam video 3D pada resolusi 8K.

Modul kamera tambahan ini dibangunkan oleh Lucid yang merakam video dengan format 4-View yang membolehkan penonton bergerak di dalam ruang 3D. Kerana Hydrogen One dilengkapi skrin hologram, kesemua rakaman 3D 4V dapat dimainkan terus dari skrin telefon yang disambung kepada modul ini tanpa aksesori tambahan. Video yang dirakam kemudian boleh dikongsi ke media sosial popular seperti Facebook dan YouTube.Redwqw

Rekaan kamera 8K 3D ini menyerupai rekaan tubuh kamera Red yang dipasarkan sebelum ini. Lucid akan memasarkan aksesori kamera tambahan ini pada suku ke-empat 2018 tetapi harga masih belum diumumkan.


TIPS & ULASAN