Carian
Razer Core X Dilancarkan – Kad Grafik Luaran Generasi Kedua Untuk Komputer Riba
May 23, 2018 Effi Saharudin

Dua tahun yang lalu Razer Core dilancarkan dan adalah sistem kad grafik luaran yang direka untuk kegunaan komputer riba. Menerusinya, pengguna komputer riba yang tidak dilengkapi kad grafik masih dapat menjalankan permainan video pada tetapan terkini. Hari ini Razer Core X dilancarkan sebagai model kemaskini yang akhirnya membawakan sokongan Mac.

Seperti Razer Core asal, Core X disambungkan kepada komputer riba menerusi port Thunderbolt 3. Dengan sistem plug and play, komputer riba tidak perlu dihidupkan semula selepas kad grafik luaran (eGPU) ini dipasang. Sokongan kad grafik PCI-Express x16 keluaran Nvidia dan AMD disertakan. Sebuah PSU 650W disertakan. Seperti kami sebutkan ia akhirnya menyokong sistem operasi  MacOS High Sierra 10.13.4 ke atas dan juga Windows 10 64bit.

Untuk senarai lengkap anda boleh melayari lamai produk menerusi pautan di bawah. Razer Core X dijual pada harga $299.99 (~RM 1190) dan ini lebih mampu milik berbanding Core asal yang dijual pada harga $500.

Komen