Cari @ Amanz

Bermain permainan komputer menggunakan komputer riba bukanlah sesuatu yang praktikal. Pertama sekali majoriti komputer riba tidak dilengkapi kad grafik yang berkuasa tinggi. Jika ada yang dilengkapi kad grafik yang bagus seperti Asus ROG GX700, harganya adalah tidak mesra pengguna dan komputer riba ini lebih berat daripada biasa. Razer Core, sistem penambahan kad grafik untuk komputer riba diperlihatkan awal tahun ini akhirnya akan dijual April hadapan.

Razer-Core-1Ia disambungkan kepada komputer riba menggunakan Thunderbolt 3. Pelbagai kad grafik untuk desktop boleh dimasukkan ke dalam Core dan memberikan kemampuan grafik yang tinggi untuk komputer riba. Selain itu terdapat juga empat port USB 3.0, LAN, sumber kuasa 500 Watt dan satu slot PCI-E 16X. Senarai penuh kad grafik Nvidia dan AMD boleh dilihat pada laman rasmi Razer.

Harga jualan Razer Core ialah $500 (~RM 2044) sebuah dan pra-pesanan boleh dilakukan sekarang. Harus diingatkan Razer Core hanyalah kerangka untuk menambah kad grafik dan tidak dijual dengan kad grafik di dalamnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd