Vivo Bakal Memperkenalkan Peranti Nirbingkai Baru Pada 12 Jun – Vivo Apex?

Vivo Bakal Memperkenalkan Peranti Nirbingkai Baru Pada 12 Jun – Vivo Apex?

Diterbitkan pada Mei 23, 2018 oleh .

Pada awal tahun ini, Vivo telah memperkenalkan peranti konsep dinamakan Vivo Apex. Ia hadir dengan bingkai-tepi yang sangat-sangat nipis, skrin dilengkapi sokongan pengimbas cap jari, dan juga kamera hadapan yang disorokkan pada bahagian atas.

Ketika pengenalan peranti konsep berkenaan, ia menerima maklumbalas positif daripada ramai pengguna seluruh dunia.

Vivo Apex

Kini, nampaknya Vivo telah bersedia untuk menawarkan ia kepada umum. Melalui jemputan baru untuk sebuah acara pengenalan peranti pada bulan Jun kelak, Vivo memberikan petanda mereka akan mula mengkomersialkan Vivo Apex ini.

Gambar acah pada jemputan memperlihatkan peranti seumpama Vivo Apex dengan rekaan skrin penuh tanpa takuk.

Sekiranya tepat, maka kita mungkin akan dapat melihat rekaan peranti nirbingkai berskrin penuh tanpa takuk hadir daripada Vivo pada bulan hadapan.


TIPS & ULASAN