Aplikasi Steam Link Dihalang Dari Apple App Store Atas Sebab Konflik Perniagaan

Aplikasi Steam Link Dihalang Dari Apple App Store Atas Sebab Konflik Perniagaan

Diterbitkan pada Mei 25, 2018 oleh .

Steam Link membolehkan permainan video Steam distrim dari PC terus ke peranti pintar. Grafik berprestasi tinggi PC kini boleh dinikmati pada peranti mudah alih yang menggunakan sistem operasi Android dan iOS. Ia sedang menjalani ujian Beta pada Android dan sepatutnya dilancarkan pada iOS pada 9 Mei yang lalu. Tetapi aplikasi kini telah dihalang dari App Store oleh Apple atas sebab konflik perniagaan.

Menurut Valve pada awalnya aplikasi ini diluluskan oleh Apple pada 7 Mei tetapi ditarik semula dua hari selepas itu. Rayuan telah dikemukakan oleh Valve tetapi telah ditolak oleh Apple. Pihak Valve mengeluarkan kenyataan rasmi semalam dan berharap dengan desakan dari pengguna akan memaksa Apple untuk memikirkan semula keputusan mereka.

Aplikasi Steam Link akan membolehkan bukan sahaja permainan PC distrim ke iPhone, malah turut disokong pada iPad dan Apple TV.  Terdapat spekulasi Steam Link diharamkan kerana boleh menjejaskan jumlah jualan permua di App Store. Kesemua permainan video yang disokong perlu dibeli menerusi Steam tanpa melalui Apple terlebih dahulu. Ini besar kemungkinan konflik perniagaan yang dikatakan Apple.


TIPS & ULASAN