Amerika Syarikat Dilaporkan Bersetuju Menarik Halangan Eksport Kepada ZTE
ZTE

Amerika Syarikat Dilaporkan Bersetuju Menarik Halangan Eksport Kepada ZTE

Diterbitkan pada Mei 26, 2018 oleh .

Halangan mengeksport perkakasan dan perisian keluaran Amerika Syarikat selama tujuh tahun kepada ZTE dikuatkuasakan pada bulan April yang lalu selepas syarikat China ini didapati bersalah menjual peralatan kepada Iran. Ia mendatangkan impak yang besar kepada syarikat telekomunikasi ini. Terkini Reuters melaporkan Amerika Syarikat bersetuju untuk menarik halangan pengeksportan ini dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi.

ZTE IcebergZTE bakal membayar nilai denda yang besar yang masih belum ditetapkan, perlu mengubah struktur pengurusan syarikat dan meletakkan pegawai penguatkuasa Amerika Syarikat bagi memantau urusan jual beli mereka. Ini akan menyelamatkan ZTE yang terpaksa menutup bahagian telekomunikasi mereka secara mengejut dua minggu yang lalu. Bagi pengguna ini berita baik kerana mungkin peranti konsep dengan dwi-takuk pada skrin akan akhirnya akan menjadi realiti.


TIPS & ULASAN