Pengeluaran Leica M7 Telah Dihentikan Secara Rasmi

Pengeluaran Leica M7 Telah Dihentikan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Mei 26, 2018 oleh .

Leica M7 ialah kamera yang mempunyai rekaan ikonik dan mudah dikenali. Bagi golongan Millennials, kamera ini mungkin pernah dilihat di dalam filem Europtrip dan menjadi prop penting jalan cerita. Antara sebab ia terkenal adalah kerana kemampuan mengambil gambar yang baik serta harga yang tidak mampu milik. Kepada mereka yang mendambakan M7, anda perlu membelinya dengan pantas.

Ini adalah kerana pihak Leica telah menghentikan pengeluaran kamera ini. Antara sebab ini dilakukan adalah kerana jumlah pengguna kamera analog semakin berkurangan. Leica sendiri kini menghasilkan kamera digital seperti Leica CL yang dilancarkan penghujung 2017. Masih terdapat stok di pasaran tetapi anda perlu membelinya segera sebelum kesemuanya terjual dan M7 menjadi produk yang dicari-cari pengumpul produk Leica.


TIPS & ULASAN