Vivo Y83 Dilancarkan – Peranti Pertama Dengan Pemproses MediaTek Helio P22

Vivo Y83 Dilancarkan – Peranti Pertama Dengan Pemproses MediaTek Helio P22

Diterbitkan pada Mei 27, 2018 oleh .

Selain Vivo Z1, Vivo Y83 turut dilancarkan pada penghujung minggu ini. Vivo Y83 ialah telefon pintar pertama yang menggunakan pemproses MediaTek Helio P22 yang diumumkan beberapa hari yang lalu. Ia mengekalkan rekaan skrin bertakuk tetapi hanya mempunyai satu kamera pada bahagian belakang.

Ia dilengkapi skrin 6.22″ IPS LCD Fullview Display HD+, dijana pemproses MediaTek Helio P22, memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 64GB, kamera utama sebesar 13-Megapixel f/2/2, kamera swafoto sebesar 8-Megapixel f/2.2 dan bateri sebesar 3260 mAh.

Sistem operasi Android 8.1 digunakan dengan pelancar Funtouch OS 4. Terdapat sokongan nyahkunci peranti menggunakan imbasan wajah serta mod kecantikan apabila mengambil swafoto. Di China peranti ini ditawarkan pada harga RMB 1498 (~RM 934) dengan pilihan warna hitam, putih dan merah. Ini menjadikannya peranti yang lebih murah berbanding Vivo Z1.


TIPS & ULASAN