Xiaomi sedia berkongsi mengatakan bakal melancarkan telefon pintar Mi8 bersempena ulang-tahun ke-8 mereka, pada 31 Mei ini. Bersama-sama dengannya juga, Xiaomi dijangka memperkenalkan sistem operasi terbaru mereka, MIUI10.
Kini, berkongsi lanjut, pihak Xiaomi turut mengatakan yang mana mereka akan memperkenalkan Mi Band 3 pada 31 Mei ini.
Gelang tangan pintar generasi ketiga berkenaan telah dilihat dipakai oleh CEO Xiaomi beberapa kali sbeelum ini. Seperti sebelum ini, gelang tangan kecergasan berkenaan dilihat akan menawarkan sejumlah ciri-ciri menarik, termasuk keupayaan untuk menyemak kadar denyutan nadi, langkah perjalanan sehari, serta memaparkan informasi pada skrin berwarna Mi Band 3.
Kita mungkin akan mengetahui lanjut mengenai informasi dan penawaran Mi Band 3 ini pada hari Khamis ini.
Mi Band 3 is also coming on 31 May, along with #Mi8 and #MIUI10. Do stay tuned! #Xiaomi pic.twitter.com/xIGRBW0Z42
— Wang Xiang (@XiangW_) May 28, 2018