Pra-Tempahan OPPO F7 Neelofa Raya Edition Dibuka 1 Jun – Hadir Dengan Tudung, Fon Telinga Bluetooth Dan Nada Dering Neelofa

Pra-Tempahan OPPO F7 Neelofa Raya Edition Dibuka 1 Jun – Hadir Dengan Tudung, Fon Telinga Bluetooth Dan Nada Dering Neelofa

Diterbitkan pada Mei 28, 2018 oleh .

Minggu lalu Oppo F7 Neelofa Raya Edition diumumkan tetapi tiada maklumat lanjut dikongsi. Hari ini Oppo akhirnya memberikan maklumat lebih lanjut mengenai apa yang disertakan di dalam berkas khas ini.

Selain sebuah Oppo F7, pembeli akan menerima sebuah tudung Neelofa edisi raya, kerangka telefon, sebuah kad raya dari Neelofa dan sepasang fon telinga Bluetooth. Di dalam peranti empat swafoto eksklusif dari Neelofa disertakan bersama dengan gamabr latar belakang serta nada dering beliau. Pra-tempah Oppo F7 Neelofa Raya Edition akan dibuka pada 1 Jun ini. Harga jualannya adalah RM 1399, sama dengan harga jualan Oppo F7 edisi biasa.


TIPS & ULASAN