Fungsi Always on Display (AOD) membolehkan notifikasi dipaparkan pada skrin sepanjang masa tanpa menggunakan kuasa bateri yang tinggi. Ia dipelopori oleh Nokia pada tahun 2011. dengan sistem yang diberi nama Sleeping Screen. Kini AOD digunakan secara meluas pada peranti keluaran Samsung, LG dan Google misalnya.
OnePlus 6 ialah peranti terkini di pasaran dan ia sepatutnya menyokong AOD. Tetapi menurut akaun Twitter rasmi OnePlus, fungsi ini dibuang pada saat akhir sebelum OnePlus 6 dilancarkan. Ini adalah kerana ia didapati memendekkan lagi hayat bateri peranti yang kini menjadi sumber rungutan ramai pembeli awal.
Tidak mengejutkan pengakuan ini telah dipadam dari akaun rasmi tetapi sempat dilihat oleh pengikut akaun. Kepada peminat OnePlus, adakah penarikan fungsi ini di saat akhir mengecewakan anda?