Google dijangka memperkenalkan telefon pintar Pixel 3 sekitar September atau Oktober kelak. Selain daripada Pixel 3, kini hadir desas-desus baru mengatakan Google turut akan hadir dengan peranti berspesifikasi pertengahan, dijana Snapdragon 710.
Google dikatakan mungkin memperkenalkan peranti berkenaan pada pertengahan pertama 2019 kelak.
Buat masa ini, info penuh mengenai peranti berkenaan masih tidak diketahui lagi. Namun, memandangkan kita telah mendengar beberapa kali desas-desus sama daripada pelbagai sumber, maka, kemungkinan untuk Google hadir dengan peranti Pixel berspesifikasi pertengahan adalah agak tinggi.
Off to Taiwan for @computex_taipei today, but here's a tidbit for ya: Google is working on a "mobile" device based on the Snapdragon 710 currently scheduled for launch in the 1st half of 2019. Sounds like this might be the (or one of them) upcoming mid-range Pixel phone.
— Roland Quandt (@rquandt) June 2, 2018