Huawei Malaysia sebelum ini telah membawa masuk Huawei P20 Pro dalam pilihan warna Twilight untuk pasaran Malaysia, namun ia ditawarkan melalui hanya satu kedai di Kuala Lumpur sahaja. Hal ini berubah hari ini, apabila pihak Huawei Malaysia telah mula menawarkannya secara meluas di seluruh negara.
Huawei P20 Pro hadir dengan tiga kamera belakang, sekaligus menawarkan sokongan rakaman gambar yang sangat cantik jikalau dibandingkan dengan beberapa peranti lain dipasaran. Pilihan warna “Twilight” ini sendiri menawarkan gabungan dua warna – iaitu biru dan ungu, sekaligus menjadikannya lebih unik berbanding peranti lain dipasaran.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Huawei P20 Pro ini daripada para pengedar rasmi Malaysia seluruh negara, termasuk dalam pilihan warna “Twilight” pada harga RM3112.