Cari @ Amanz

TnG Digital telah sedia melancarkan aplikasi mudah-alih mereka pada awal tahun ini untuk platform Android dan iOS. Namun, tiada pengumuman lanjutan yang dilakukan mereka berkaitan penawaran mereka, sehinggalah hari ini.

Berkongsi perancangan awal hari ini, TnG Digital mengumumkan yang mana mereka akan melaksanakan sistem transit berasaskan QR di Malaysia bermula minggu ini.

TnG QR Transit

Pengguna di Lembah Klang boleh menggunakan aplikasi Touch ‘n Go untuk tujuan transit menggunakan LRT laluan Kelana Jaya bermula minggu ini. Namun, penawaran ini hanya terhad untuk 1000 pendaftar awal sahaja, dan ujian ini akan dilakukan sehingga 31 Julai 2018 kelak.

Pengguna hanya perlu mengimbas kod QR yang akan dipaparkan di pintu masuk, dan menguruskan pembayaran dan transaksi dengan mudah melaluinya.

Pihak TnG Digital mengatakan ini adalah peringkat ujian awal, dan sekiranya semuanya berjalan lancar, tidak mustahil ia diperkenalkan dengan lebih meluas pada perkhidmatan awam yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd