Cari @ Amanz

Touch ‘n Go sedia memperkenalkan aplikasi mudah-alih untuk Android dan iOS sejak awal tahun ini. Namun, salah satu sokongan yang diminta ramai adalah kebolehan untuk memautkan kad ke aplikasi mudah-alih mereka.

Menyentuh mengenainya, pihak TnG mengatakan mereka sedang menyasarkan pengenalan sokongan memautkan kad berkenaan pada tahun ini. Melaluinya kelak, pengguna boleh membuat tambah-nilai dengan mudah terus pada aplikasi – dan dipindahkan terus ke kad.

Namun, ia masih menjadi persoalan berkenaan bagaimana proses kemaskini baki akan dilakukan kepada kad fizikal berkenaan.

Selain pengurusan kad Touch ‘n Go, aplikasi TnG Digital ini juga boleh digunakan untuk menambah-nilai dan menguruskan penggunaan tag RFID baru kelak.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai hal ini dalam bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd