Sokongan GPU Turbo Bakal Diperluaskan Ke Peranti Honor Lain – Termasuk Honor 10

Sokongan GPU Turbo Bakal Diperluaskan Ke Peranti Honor Lain – Termasuk Honor 10

Diterbitkan pada June 7, 2018 oleh .

Honor telah pun secara rasminya memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka yang memfokuskan kepada permainan video. Untuk tujuan berkenaan, Honor menambah sokongan dinamakan GPU Turbo sekaligus meningkatkan prestasi keseluruhan GPU pada telefon pintar berkenaan.

Ia dikatakan GPU Turbo mampu meningkatkan prestasi GPU sehingga 60% berbanding kebiasaan, disamping mengurangkan penggunaan tenaga bateri sehingga 30%. Pada hari ini, ia lebih memfokuskan kepada permainan mudah-alih, tetapi dijangka diperluaskan untuk sokongan realiti-maya dan gabungan pada masa akan datang.

Ciri berkenaan telah diperkenalkan bersama-sama Honor Play, tetapi menurut Honor, ia akan diperluaskan ke peranti lain. Antara peranti yang dijangka akan menerima sokongan berkenaan adalah termasuk Honor 10, Honor View 10, Honor 9 Lite dan juga Honor 7X.


TIPS & ULASAN