Konsol Xbox Generasi Akan Datang Kini Dalam Pembangunan

Konsol Xbox Generasi Akan Datang Kini Dalam Pembangunan

Diterbitkan pada June 11, 2018 oleh .

Microsoft telah memperkenalkan konsol berkuasa Xbox One X pada tahun lepas. Walaupun masih baru, namun, ia tidak menghentikan mereka daripada meneruskan pembangunan untuk konsol generasi seterusnya.

Menyentuh mengenainya pada ucaptama penutup E3 2018 hari ini, Microsoft mengatakan mereka sedang dalam fasa pembangunan awal untuk konsol generasi seterusnya. Pasukan yang membangunkan Xbox One X dilihat menerajui pembangunan konsol generasi akan datang Xbox ini.

Apakah yang bakal disertakan dan sebagainya masih tidak dikongsikan lagi. Namun, Microsoft menjanjikan akan meneruskan komitmen mereka dalam menawarkan pengalaman terbaik dalam arena permainan konsol di pasaran.

Pada masa yang sama, Microsoft turut dilihat menyentuh berkaitan kecerdasan buatan dan perkomputeran awan – selain mengesahkan yang mana mereka sedang membangunkan perkhidmatan penstriman permainan video mereka tersendiri.


TIPS & ULASAN