Carian
Samsung Memperlihatkan Teknologi Pembesar Suara Terbina Dalam Skrin Telefon Pintar
June 13, 2018 Effi Saharudin

Xiaomi Mi MIX ialah peranti yang tidak mempunyai pembesar suara fizikal untuk gagang telinga. Sebaliknya sistem piezoelektrik digunakan sebagai ganti. Dari pengalaman peribadi, sistem ini tidak sebaik pembesar suara fizikal. Samsung mempunyai teknologi pembesar suara terbina dalam skrin yang mungkin akan digunakan pada Galaxy S10 kelak.

Di acara Society of Information Displays yang berlangsung bulan lalu, Samsung memperlihatkan teknologi Sound on Display. Sebuah Galaxy S8 diubahsuai dengan pembesar suara untuk gagang telinga terletak di dalam skrin. Dengan penggunaan teknologi ini, tidak mustahil sebuah peranti dengan peratusan skrin yang tinggi dihasilkan oleh Samsung.

Pada waktu yang sama televisyen Sony dan Vivo NEX telahpun menggunakan teknologi pembesar suara terbina dalam skrin ini. Memandangkan Galaxy S10 (Galaxy X) dijangka membawakan perubahan besar pada rekaan telefon pintar, kemungkinan Sound on Display digunakan adalah agak tinggi.

Turut diperlihatkan ialah teknologi Aqua Force Sensor yang membolehkan skrin digunakan ketika di bawah permukaan air. Skrin mampu mengesan tekanan dan butang antaramuka boleh digunakan seperti biasa.

Komen