Carian
Terjemahan Luar Talian Google Translate Kini Menerima Sokongan Mesin Neural
June 14, 2018 Effi Saharudin

Google Translate menerima sokongan mesin neural dua tahun yang lalu bagi memberikan terjemahan yang lebih tepat. Melalui proses ini terjemahan dilakukan mengikut ayat dan bukan mengikut perkataan yang diterjemah secara terus. Ini hanya dapat dilakukan sekiranya terdapat sambungan internet.

Hari ini Google mengumumkan sokongan mesin neural akhirnya hadir pada Google Translate walaupun di luar talian. Sebanyak 59 bahasa disokong buat masa ini tetapi senarai lengkap tidak boleh dikongsi. Dari apa yang kami dapat lihat bahasa Inggeris, Perancis. mandarin dan Rusia adalah antara yang disokong. Bahasa Malaysia pula masih belum disokong secara luar talian tetapi disokong secara atas talian sejak tahun lalu. Pengguna hanya perlu mengemaskini kamus luar talian untuk menikmati fungsi ini. Saiz fail untuk setiap bahasa hanya sekitar 50 MB.

Komen