Carian
Google Membuat Pelaburan Strategik Pada Perkhidmatan E-Dagang China, JD.com
June 18, 2018 Aman

Google hari ini membuat kejutan dengan mengumumkan pelaburan strategik pada perkhidmatan e-dagang popular di China, iaitu JD.com.

Google akan membuat pelaburan sebanyak $550 juta (~RM2.198 bilion) pada perkhidmatan JD.com, dan akan membantu perkhidmatan berkenaan untuk diperluaskan di luar China. Pelaburan ini memberikan Google pegangan kurang 1% pada JD.com.

Untuk makluman, JD.com sebelum ini sedia menerima pelaburan daripada beberapa pihak, termasuk Tencent. Untuk Google sendiri, mereka dilihat kini bergiat aktif membuat pelaburan pada sejumlah perkhidmatan di rantau Asia. Sebelum ini, Google turut telah mengumumkan pelaburan pada perkhidmatan pengangkutan Go-Jek di Indonesia.

Mungkinkah selepas ini, kita akan melihat Google membuat pelaburan dengan lebih aktif pada sejumlah perkhidmatan lain di rantau Asia Tenggara ini?

Komen