Cari @ Amanz

Apple mengumumkan operasi mereka menggunakan tenaga yang dijana sepenuhnya dari sumber lestari pada April yang lalu. Ini ialah antara usaha Apple untuk mengurangkan impak mereka terhadap alam sekitar yang turut membuatkan mereka menggunakan kotak dari kertas kitar semula, aluminium mesra alam serta robot yang mengitar semula iPhone lama.

Usaha Apple kini menjadi ikutan Samsung yang menyasarkan penggunaan sumber tenaga lestari menjelang 2020. Proses penlestarian ini walau bagaimanapun hanya akan menumpukan kepada operasi di Amerika Syarikat, Eropah dan China buat masa ini. Mereka telahpun memasang panel solar seluas 42,000㎡ pada markas mereka di Samsung Digital City yang terletak di Suwon. Sumber kuasa turut dijana menggunakan loji geotermal. Diharap langkah yang diambil ini akan turut memaksa pengeluar lain untuk turut melestarikan operasi mereka dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd