Cari @ Amanz

Rekaan iPhone SE  2 tertiris sejak lebih sebulan yang lalu. Peranti pengganti iPhone SE ini dipercayai akan menggunakan rekaan skrin bertakuk tetapi mengekalkan rekaan tubuh aluminium yang berkotak. Menurut laporan Forbes, penghasilan telefon ini telahpun dibatalkan oleh Apple.

Mereka memetik sumber Olixar yang mengeluarkan aksesori kerangka dan pelindung skrin untuk Apple. Jadi tahun ini hanya tiga iPhone akan dilancarkan iaitu iPhone XI, iPhone XI Plus dan iPhone 9. Ini tidak bermakna Apple tidak akan menghasilkan iPhone SE 2. Sebaliknya ia mungkin ditangguh untuk dilancarkan di masa hadapan. Penanti pastinya menyeksakan bagi pengguna yang memerlukan iPhone dengan skrin kecil 4″. iPhone SE yang menggantikan iPhone 5 kini sudah berusia lebih dua tahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd