Cari @ Amanz

Pada tahun 2016, IAI Rotem L diperlihatkan kepada umum. Ia adalah sebuah dron catur-kipas rekaan Israel yang direka khas untuk melakukan serangan bom berani mati. Selepas melakukan pemantauan, Rotem L akan melakukan junaman maut dan meletupkan dua bom tangan yang terpasang pada tubuhnya.

Dua tahun sudah berlalu dan ketika acara Eurosatory yang sedang berlangsung di Paris, pihak IAI mengumumkan dron membunuh mereka berjaya menjalani ujian menyerang menggunakan peluru hidup. Sistem ini direka untuk kegunaan di dalam bandar dimana musuh mungkin berselindung di dalam bangunan. Selepas melakukan pemantauan dan mengenalpasti musuh, Rotem L akan menjunam apabila berada dalam jarak 100 meter dari musuh. Ini memberikannya kelajuan maksimum 100 kilometer sejam sebelum meletupkan diri.

Setiap dron mampu terbang sehingga 30 minit dengan jarak operasi sehingga 10 kilometer dari pengawal. Menurut IAI serangan boleh dibatalkan pada saat akhir sekiranya kamera Rotem L menemui orang awal bagi mengelakkan kematian. Pada waktu yang sama dua butir bom yang digunakan sebagai senjata boleh digantikan dengan bateri tambahan bagi menambah tempoh operasi selama 15 minit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd