Instagram telah mengumumkan penawaran aplikasi IGTV pada awal pagi hari ini, dimana melaluinya Instagram menawarkan sebuah hab khusus untuk kandungan video, dan memudahkan pengguna mengikuti pelbagai video pada platform berkenaan.
Di IGTV, pengguna diketengahkan bukan sahaja video daripada rakan-rakan mereka di Instagram, tetapi juga kandungan yang dicadangkan berdasarkan minat anda. Video melalui IGTV menawarkan durasi kandungan yang lebih panjang – dimana ia boleh mencapai sehingga sejam.
Bagi anda yang berminat dengan kandungan berbentuk video menegak ini, disamping ingin mengikuti video yang diterbitkan di Instagram dengan mudah, mungkin boleh memuat-turun dan mencuba sendiri aplikasi IGTV ini hari ini.
- Muat-Turun IGTV untuk Android
- Muat-Turun IGTV untuk iPhone