Cari @ Amanz

“Stories” telah menjadi salah satu format perkongsian popular sejak setahun kebelakangan ini. Ia telah diintegrasikan pada Instagram, WhatsApp, Facebook, Snapchat, malah Google sendiri melalui AMP telah mengumumkan sokongan seumpamanya.

Kini, berkongsi pada Vidcon, YouTube berkongsi mengatakan mereka turut sedang menguji YouTube Stories, dan akan memperluaskan penawaran ciri berkenaan kepada saluran dengan lebih 10,000 pelanggan kelak pada tahun ini.

YouTube Stories

YouTube Stories

Melalui YouTube Stories, seseorang penerbit pada YouTube boleh berkongsi perkembangan dengan lebih mudah dan pantas, sekaligus membolehkan para pengikut mereka sering mengetahui perkembangan terkini.

Pada YouTube Stories juga, pengguna boleh menambah pautan ke video YouTube lain, serta beberapa perkara tambahan melaluinya.

Secara kasar, YouTube Stories ini dilihat seumpama sebagai ganti kepada YouTube Reels yang diuji pada penghujung tahun lepas. Berkemungkinan dengan lebih ramai yang mengenai format video menegak sebagai “Stories”, pihak YouTube turut memilih nama berkenaan untuk penawaran mereka.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan penawaran ciri YouTube Stories ini dalam bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd