Duo Memberikan Skrin Sekunder Untuk Komputer Riba

Duo Memberikan Skrin Sekunder Untuk Komputer Riba

Diterbitkan pada June 25, 2018 oleh .

Satu sebab mengapa kami gemar melakukan kerja menggunakan desktop adalah kerana kami boleh menyambung dua monitor secara serentak. Kerja dapat dilakukan dengan lebih pantas tanpa perlu bertukar aplikasi dengan kerap. Pada komputer riba ini tidak dapat dilakukan dengan mudah terutamanya ketika berada di luar.

Duo ialah skrin sekunder sebesar 12.5″ beresolusi HD penuh yang direka untuk digunakan pada komputer riba. Ia melekap pada panel belakang penutup dan boleh disimpan dengan mudah apabila tidak digunakan. Ia turut boleh diputar 180 darjah bagi membolehkan ia digunakan ketika pembentangan.

Apabila disambung kepada komputer riba, ia hanya menambah 680 gram kepada berat keseluruhan komputer riba. Duo sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama Kickstarter. Ia boleh dipesan pada harga $179 (~RM 718) sebuah. Ciptaan ini mengingatkan kami kepada sistem Razer Project Valerie yang diperlihatkan Januari tahun lalu tetapi sehingga kini masih belum dihasilkan secara komersial.


TIPS & ULASAN