Carian
Xiaomi Mi Pad 4 Dilancarkan Dengan Skrin 8 Inci Dan Pemproses Snapdragon 660
June 25, 2018 Effi Saharudin

Selain telefon pintar Xioami Redmi 6 Pro, tablet saiz sederhana Xiaomi Mi Pad 4 turut dilancarkan sebentar tadi. Ia mengekalkan skrin sebesar 8 inci IPS LCD dengan nisbah skrin 16:10. Nampaknya pada tablet penggunaan skrin bernisbah memanjang masih belum digunakan oleh Xiaomi.

Ia dijana pemproses Snapdragon 660, memori sebesar 3/4GB dan storan sebesar 32/64GB eMMC. Bagi yang memerlukan storan tambahan, kad mikroSD sehingga 256 GB disokong. Kamera utama pula sebesar 13-Megapixel f/2.0 dan kamera swafoto sebesar 5-Megapixel f/2.0. Membekalkan kuasa kepada tablet ini ialah bateri sebesar 6000 mAh. Ia dicaj menggunakan port USB-C tetapi hanya pada kadar 10W.

Xioami Mi Pad 4 ditawarkan dalam dua versi iaitu WiFi atau selular. Harga jualan ialah RMB 1399 (~RM 862) untuk versi WiFi dan RMB 1499 (~RM 923) untuk versi selular. Terdapat dua pilihan warna sahaja iaitu emas dan hitam.

Komen