Cari @ Amanz

Aplikasi Files Go pada asalnya dihasilkan untuk memudahkan pengurusan fail pada peranti Android Go. Antara fungsi paling berguna Files Go ialah sistem perkongsian fail yang boleh dikatakan pesaing kepada AirDrop pada platform Android. Kepada pengguna Files Go, aplikasi telah dikemaskini dan kini menyokong pemindahan fail pada kelajuan mencecah 490 Mbps.

Ini dapat dinikmati sekiranya peranti menyokong WiFi Direct 5GHz. Selain daripada peningkatan kelajuan, sambungan di antara dua peranti turut dapat dilakukan dalam masa lima saat. Disamping itu sistem sekuriti juga dipertingkatkan dengan sistem penyulitan ketika pemindahan fail dilakukan. Untuk menikmati fungsi ini sila kemaskini aplikasi Files Go hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd