Android Messages Di Web Kini Boleh Digunakan Semua – Hantar Dan Terima SMS Melalui Komputer

Android Messages Di Web Kini Boleh Digunakan Semua – Hantar Dan Terima SMS Melalui Komputer

Diterbitkan pada June 26, 2018 oleh .

Google telah hadir dengan penawaran Android Messages di komputer melalui web sejak beberapa minggu lepas, dan hari ini, ciri berkenaan secara rasminya telah pun diaktifkan kepada semua pengguna seluruh dunia.

Android Messages

Melalui ciri Android Messages di web – lebih kurang seperti WhatsApp Messenger, pengguna boleh mengimbas kod QR untuk memautkan peranti, dan seterusnya menghantar dan menerima mesej melalui desktop. Ia turut menyokong penghantaran SMS dan mesej RCS dengan mudah melalui desktop.

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar Android, anda boleh mengemaskini aplikasi Android Messages anda, dan memautkannya melalui web bermula hari ini.

Layari : Android Messages di Web


TIPS & ULASAN