LG V40 Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Lima Kamera
LG

LG V40 Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Lima Kamera

Diterbitkan pada June 27, 2018 oleh .

Pada tahun ini, trend baru telah dimulakan oleh Huawei, dimana mereka menyertakan sebanyak tiga kamera pada bahagian belakang peranti berkenaan. Lanjutan daripadanya, beberapa desas-desus turut hadir mengatakan Apple dan Samsung turut akan melakukan perkara sama.

Kini, melalui Android Police, laporan baru hadir mengatakan LG turut akan menyertakan sebanyak tiga kamera dibelakang peranti LG V40 mereka kelak, dan menariknya ia juga akan dilengkapi dwi-kamera pada bahagian hadapan. Ini sekaligus menjadikan peranti ini hadir dengan lima sensor kamera secara terbina.

Pada hari ini, beberapa telefon pintar sedia hadir dengan sokongan dwi-kamera hadapan memfokuskan selfie, dan LG V40 dijangka akan turut melihat ke arena sama – tetapi pada masa yang sama turut memfokuskan kepada sokongan kamera belakang peranti berkenaan dengan tiga sensor.

LG V40 juga dijangka menggunakan cip Snapdragon 845, serta mungkin hadir dengan rekaan skrin bertakuk.

LG V30 sebelum ini sedia mencuri perhatian ramai, tetapi kurang memenangi hati pengguna dari segi kamera. Berkemungkinan untuk memenangi pengguna kembali, LG kini memfokuskan kepada sokongan kamera pada peranti berkenaan, bersama beberapa penawaran menarik lain.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai LG V40 ini.


TIPS & ULASAN