Carian
Instagram Mula Memperkenalkan Sokongan Panggilan Video Untuk Semua Pengguna
June 27, 2018 Aman

Instagram sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk memperkenalkan sokongan panggilan video pada aplikasi mereka. Hari ini, seperti dijanjikan, ciri berkenaan telah mula diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna Instagram di iPhone dan peranti Android.

Instagram mengintegrasikan sokongan panggilan video ini melalui bahagian Instagram Direct. Bermula hari ini, anda boleh membuka tap pada profil sebarang rakan-rakan pada Instagram Direct, dan kemudian memilih ikon panggilan video pada penjuru atas-kanan. Seterusnya, pengguna akan dihubungkan bersama rakan-rakan mereka yang lain melaluinya dan melakukan panggilan video tanpa memerlukan nombor telefon.

Instagram Video Call

Pengguna juga turut boleh menatal dan melihat bahagian Instagram yang lain ketika panggilan video. Ketika melakukan perkara berkenaan, panggilan video berkenaan akan dipaparkan dalam bentuk mod Picture-in-Picture.

Panggilan video di Instagram juga menyokong sehingga empat orang pada sesuatu masa. Seperti biasa, sekiranya anda Block seseorang, mereka tidak boleh menghantar mesej pada Direct, mahupun melakukan panggilan video.

Ciri panggilan video ini diperkenalkan secara berperingkat oleh Instagram untuk Android dan iOS bermula hari ini.

Komen