Rekaan Xiaomi Mi 6X Edisi Hatsune Miku Tertiris

Rekaan Xiaomi Mi 6X Edisi Hatsune Miku Tertiris

Diterbitkan pada June 27, 2018 oleh .

Edisi khas sesebuah peranti kerap dihasilkan bagi memberikan pilihan untuk untuk peminat tegar. Terkini rekaan peranti Xiaomi Mi 6X edisi Hatsune Miku telah tertiris ke arena web. Keseluruhan peranti adalah berwarna hijau cair dengan lukisan watak Vocaloid terkemuka ini.

Peranti ini akan dilancarkan di China pada 28 Jun hadapan pada harga RMB 2099 sebuah. Ini bukan kali pertama Xiaomi menghasilkan sebuah telefon pintar edisi Hatsune Mike. Februari tahun lalu mereka melancarkan sebuah Mi Note 4X Hastune Miku bersama kerangka dan power bank dengan rekaan yang sama. Jadi kepada peminat watak maya ini anda perlu mengimportnya dari China apabila ia dijual kelak.


TIPS & ULASAN