Carian
Google Memperlihatkan Bagaimana Google Duplex Akan Melakukan Panggilan Telefon Di Dunia Sebenar
June 28, 2018 Effi Saharudin

Antara perkara paling mengejutkan di acara Google I/O yang lalu ialah demo panggilan telefon yang dilakukan oleh Google Assistant. Pembantu maya dengan kecerdasan buatan ini menggunakan sistem Google Duplex bagi melakukan panggilan telefon yang kedengaran seperti manusia sebenar bagi pihak pengguna.

Hari ini Google berkongsi sebuah video baru yang menunjukkan bagaimana Duplex akan berfungsi di dunia sebenar. Pengguna hanya perlu mengarahkan Assistant untuk melakukan tempahan. Beberapa parameter diberikan seperti waktu yang dikehendaki. Duplex kemudian menelefon nombor yang berkaitan dan terlebih dahulu memperkenalkan dirinya sebagai bukan manusia. Perbualan yang dilakukan kedengaran seperti manusia normal dan selepas tempahan disahkan notifkasi dihantar ke peranti pengguna. Ini sebuah sistem yang menarik bagi kami tetapi bagaimana pula dengan pembaca Amanz?

Komen