Selangor Gunakan Aplikasi Khusus Untuk Bayaran Tempat Letak Kenderaan – Selangor Smart Parking

Selangor Gunakan Aplikasi Khusus Untuk Bayaran Tempat Letak Kenderaan – Selangor Smart Parking

Diterbitkan pada June 28, 2018 oleh .

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebelum ini telah memperkenalkan sebuah aplikasi khusus dinamakan sebagai Smart Selangor Parking yang memudahkan pengguna membuat bayaran tempat letak kenderaan dan tidak lagi perlu sukar mencari kupon seperti sebelumnya. Ini secara tidak langsung membawa kepada era transaksi nirtunai, selain memudahkan pengguna membuat urusan pembayaran tempat letak kenderaan.

Kini, lanjutan daripada ujian awal yang dilakukan, kerajaan Selangor dilihat akan implementasi sokongan bayaran tempat letak kenderaan menggunakan aplikasi Smart Selangor Parking di semua majlir perbandaran seluruh negeri berkenaan.

Mulai 1 Julai ini, ia akan diimplementasi di Shah Alam, Ampang Jaya, Sepang, Kajang, dan juga Selayang. Ia dijangka akan diperluaskan kepada semua 12 kawasan di Selangor menjelang 2019 kelak.

Menggunakan aplikasi Smart Selangor Parking ini, pengguna hanya perlu mendaftar akaun, dan seterusnya menambah kredit ke aplikasi berkenaan. Seterusnya, pengguna boleh membuat bayaran parkir dengan memasukkan nombor kenderaan.

Seperti biasa, anda boleh melihat tempoh masa baki untuk parkir berkenaan dan info lain terus melalui aplikasi berkenaan.

Selain aplikasi Smart Selangor Parking ini, terdapat beberapa aplikasi lain yang turut memfokuskan arena sama, termasuk antaranya adalah JomParking, selain Boost yang turut menyatakan hasrat untuk memasuki arena sama dalam masa beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN