Grab Menguji Halaman Khusus Memaparkan Info Dan Berita Terkini Dinamakan Grab Daily
Aman
Grab pada bulan lepas telah berkongsi bersama Amanz mengatakan mereka ingin menjadi aplikasi yang digunakan setiap hari oleh pengguna. Untuk tujuan berkenaan, selain hanya memfokuskan kepada pengangkutan, Grab turut telah mengintegrasikan ciri dompet digital GrabPay pada aplikasi mereka.
Selain daripadanya juga, kini Grab turut menambah sebuah tab baru yang memaparkan pelbagai informasi dan berita terkini kepada pengguna.

Dinamakan sebagai Grab Daily, ia boleh dikatakan masih pada fasa ujian awal buat masa ini. Sekiranya anda mengakses hari ini, ia memaparkan berita berkaitan piala dunia bola sepak – termasuk menunjukkan skor semasa dan sebagainya.
Dengan integrasi ini, ia dilihat Grab turut ingin menjadi aplikasi yang dituju untuk mendapatkan pelbagai berita dan informasi terkini. Buat masa ini ia tidak memaparkan berita yang dioptimasikan pengguna – seumpama yang dilakukan oleh Google, sebaliknya lebih kepada memaparkan info dan berita yang popular di sesuatu rantau.
Kita mungkin mendengar lanjut mengenai perancangan Grab dalam arena penawaran berita dan informasi semasa ini tidak lama lagi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.