Perkhidmatan Penstriman DC Universe Akan Beroperasi Pada Penghujung Tahun Ini

Perkhidmatan Penstriman DC Universe Akan Beroperasi Pada Penghujung Tahun Ini

Diterbitkan pada June 29, 2018 oleh .

Pada Mei yang lalu, perkhidmatan penstriman DC Universe diumumkan. Ia bakal menawarkan penstriman filem, siri TV, animasi, komik, dan produk eksklusif kepada peminat komik DC. Hari ini mereka mengumumkan perkhidmatan akan beroperasi pada musim luruh akan datang iaitu sekitar Oktober.

Antara kandungan awal yang ditawarkan kelak ialah filem Superman lakonan Christopher Reeves, filem Batman arahan Tim Burton, siri animasi klasik Batman dan siri baru Titans serta Doom Patrol. Bagi peminat komik, DC Universe memberikan akses kepada komik klasik seperti Action Comic #1 yang merupakan isu pertama kemunculan Superman serta Detective Comics #27 yang merupakan isu pertama kemunculan Batman.

Pelbagai produk eksklusif seperti figura aksi dan acara khusus untuk peminat tegar turut ditawarkan menerusi DC Universe. Pendek kata DC Universe akan menjadi hab kepada kesemua produk DC selepas ini.

DC Universe boleh diakses menerusi laman web, telefon pintar, tablet, Roku, Apple TV, Amazon Fire TV, and Android TV. Buat masa ini ia hanya akan ditawarkan kepada penduduk di Amerika Syarikat dengan ujian Beta bermula pada bulan Ogos.


TIPS & ULASAN